Shallom di dalam Yesus Kristus
Dengan sukacitanya, kami memaklumkan bahawa laman sesawang telah berpindah ke web hosting yang baharu semalam (13hb April 2020).
Pemindahan ini dilakukan kerana web hosting lama kita yang terletak di Pembroke Pines, Florida, United States telah melebihi had pengunaannya. Maka sekarang kita telah menyewa web hosting baharu yang terletak di Singapura, negara jiran kita. Kos sewa setahun adalah sebanyak RM593.68 selepas mendapat potongan harga sebanyak 56%. Kos sewaan di tahun kedua akan kembali kepada harga asal.
Laman sesawang yang akan terlibat dalam pemindahan ini adalah seperti berikut:
- Multimediaministry.net – Sudah berpindah
- Penjala.org – Akan datang
- Stluketelupid.com – Akan datang
Kami akan memaklumkan perkembangan proses pemindahan ini dari masa ke semasa sehingga selesai.
Terima kasih atas sokongan, doa dan perhatian kalian semua. Sebarang pandangan dan sebagainya, boleh diajukan melalui email berikut:
admin @ multimediaministry.net
Tuhan memberkati