Ah! talian internet terputus lagi… Adoiii…
Pelbagai keluhan bila talian internet asik terputus. Situasi demikian membuat kita geram bahkan kadangkala mengundang kata-kata sumpahan dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa masalah ini timbul kerana kita kurang memahami talian yang kita guna pada setiap hari. Berikut adalah tips kami kongsikan kepada anda kali ini.
Netflix telah melancarkan sebuah laman sesawang untuk mengukur kelajuan internet anda di http://www.fast.com. Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah melayari laman tersebut dan menunggu hasil semakan kelajuan internet anda. Selain daripada laman sesawang tersebut Netflix juga telah mengeluarkan apps bagi pengguna android. Sila muat turun aplikasi tersebut di Google Play store. Sila lihat https://play.google.com/store/apps/details?id=com.netflix.Speedtest&hl=en
Dengan wujudnya kemudahan seperti ini, diharapkan ia dapat membantu anda memahami talian telco yang sesuai di kawasan anda.