Merujuk kepada arahan yang Mulia Archbishop Datuk Melter Tais berhubung pergantungan semua aktiviti dan ibadah sebagai mematuhi arahan Kerajaan Malaysia. Di sini kami berikan panduan ibadah di rumah.
GARIS PANDUAN IBADAH DI RUMAH
- Ibadah HANYA dilakukan dalam lingkungan keluarga serumah sahaja. Tidak dibenarkan memanggil jiran lain untuk berkumpul di rumah anda.
- Ketua keluarga atau salah seorang memimpin ibadah.
- Memuat turun rakaman, mainkan dan ikuti ibadah.
- Sila perhatikan cara pemberian persembahan dan persepuluhan di bahagian pengumuman.
- Anda juga boleh mengikuti siaran rakaman ibadah secara langsung.
CARA MELAKUKAN IBADAH
CARA PERTAMA: Secara “Offline” Sila muat turun fail video ini. Diingatkan bahawa kualiti rakaman ini hanya untuk kegunaan telefon sahaja. Pihak kami akan maklumkan pautan tersebut melalui whatsapp.
- Muat turun fail video untuk handphone: https://drive.google.com/open?id=1MbtppMUOJhDzWEJsIJq7sFScgo9hUAMy
- Mainkan dengan telefon anda
CARA KEDUA: Secara “Online Audio” Anda boleh melayari siaran Radio PENJALA (Shoutcast) yang akan keudara pada 22/3/2020, jam 8:00 pagi
- PAUTAN RADIO:
http://www.stluketelupid.com/radio - APPS ANDRIOD (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=penjala.fm
CARA KETIGA: Secara “Online Video” Siaran rakaman ibadah akan ditayangkan secara langsung melalui Youtube dan Facebook secara serentak.
YOUTUBE:
- Klik Sesawang ini —-> https://www.youtube.com/user/penjala/
- Pilih Video yang bertanda “LIVE”
- Kami juga akan maklumkan pautan langsung melalui whatsapp
- Dikemaskini:
FACEBOOK:
- Klik Sesawang ini FB St. Luke’s Parish Telupid —-> https://www.facebook.com/groups/421541244593054/
- Pilih Video yang bertanda “LIVE”
- Kami juga akan maklumkan pautan langsung melalui whatsapp
- Dikemaskini:
https://www.facebook.com/PenjalaFM/videos/685953898809096/
Penafian: Semua rakaman dilakukan secara tertutup, bukan di dalam rumah ibadat dan hanya untuk dikalangan anggota gereja sahaja.