Shallom di dalam Yesus Kristus.
Seperti yang anda telah sedia maklum, bahawa pihak pentadbiran laman sesawang Multimedia Ministry sedang dalam proses pemindahan laman ke hosting baharu. Pemindahan ini melibatkan laman sesawang multimediaministry.net, stluketelupid.com, penjala.org dan beberapa laman yang lain. Pemindahan telah berjaya sepenuhnya.
Web hosting yang berpangkalan di Singapore, negara jiran kita menjadi pilihan pada kali ini. Kos sewa setahun adalah sebanyak 131.94USD bersamaan RM593.68 mata wang Ringgit Malaysia, selepas mendapat potongan harga sebanyak 56%. Kos sewaan pada tahun kedua akan kembali kepada harga asal iaitu 288.99USD setahun.
Beberapa pertimbangan dan kelengkapan telah dan akan disediakan seperti:
MENSATURASIKAN
Mensaturasikan kiriman baru dan sebarang aktviti laman dengan satu kiriman. Contoh: Menghantar kiriman berita terkini. Pihak Pentadbir hanya membuat satu artikel pada laman sesawang Multimedia Ministry dan ia akan dihantar ke laman sesawang Komuniti Rakan Penjala dan selanjutnya ke Paroki St. Luke, Telupid serentak dan secara automatik. Carta alirannya seperti berikut:
- dari multimediaministry.net -> penjala.org -> stluketelupid.com
- hanya dari penjala.org -> stluketelupid.com
- hanya di stluketelupid.com
SISTEM RECAPTCHA
CAPTCHA ataupun Completely Automated Public Turing Test to Tell Computers and Humans Apart ini adalah satu ujian untuk bezakan robot dengan manusia. CAPTCHA ini adalah latihan untuk robot, untuk membezakan manusia dengan robot. Kalau dulu melalui ujian Turing, manusia yang kena buat ujian tersebut. Sekarang kerja tersebut diberi pada robot. Ujian Captcha yang meminta pengguna menaip grafik yang terkandung tulisan yang dipesongkan ini tak mampu diselesaikan oleh robot. Jadi kalau anda mampu selesaikan, tahniah, anda manusia!
Macam mana sistem ini berfungsi? Ia menggunakan enjin analisis risiko dan analisis tabiat. Sebaik saja anda tekan klik pada kotak, maklumat yang pelbagai akan dihantar kepada Google untuk mereka sahkan anda sebagai robot atau manusia. Google akan analisa alamat IP anda, sejarah internet anda, macam mana anda skrol laman tersebut, pergerakan tetikus anda dan beberapa faktor – faktor lain yang dirahsiakan. Ia adalah sistem reCAPTCHA versi lama. Laman sesawang kita menggunakan reCAPTCHA versi 3.0 versi baharu dan berfungsi secara automatik.
Sistem telah dipasang pada laman Multimediaministry.net dan akan dipasang ke laman sesawang lain bagi mengelakkan aktiviti pencerobohan seperti spam.
Diharapkan dengan perpindahan dan pemasangan kelengkapan baharu ini akan memberi keselesaan dan mesra pengguna. Sebarang pandangan, komen dan bantuan dari anda amat kami hargai. Tuhan memberkati.
Artikel baharu telah dihantar dari Multimedia Ministry Network